Thursday, May 21, 2020



Assalamualaikum dan hai semuaa !! Dalam blog ini, saya akan berkongsi serba sedikit pengalaman saya semasa di Kuala Lumpur iaitu ibu negara kita. Ini merupakan kali pertama saya menulis blog dan sekiranya terdapat cacat cela, saya ingin memohon maaf dahulu. Saya tidak sabar mahu berkongsi, mari kita mulakan !

| H A R I  P E R T A M A |


Saya sekeluarga bergerak ke Kuala Lumpur pada pukul 8 pagi daripada rumah kami. Perjalanan kami daripada Johor ke Kuala Lumpur mengambil masa kira-kira tiga hingga empat jam tanpa gangguan trafik. Kami berasa sangat teruja untuk melihat kepelbagaian binaan yang cantik di sana.


Kira-kira pukul 12 tengahari, kami telah sampai di Kuala Lumpur. Setelah tiba, kami terus ke hotel kami untuk masuk ke bilik yang disewa dan mengemas barang-barang kami di dalam bilik. Hotel kami berada di kawasan yang berdekatan dengan Menara berkembar Petronas. Di sebelah hotel kami pula terdapat sebuah pusat beli-belah yang bernama Avenue K.


Setelah itu, kami terus menyambung perjalanan ke Pasar Seni dengan menaiki LRT. Kami menaiki LRT yang terdekat dengan hotel iaitu di Pusat Beli-Belah Avenue K. Gambar menunjukkan ibu yang sedang membeli tiket LRT untuk kami sekeluarga.
                                    
                                               

Gambar menunjukkan keadaan semasa kami menaiki LRT. Perjalanan ke Pasar Seni mengambil masa kira-kira 15 minit daripada stesen LRT di Avenue K. Di sini, LRT merupakan antara pengangkutan terpenting untuk mereka bergerak sama ada ke tempat kerja, pulang ke rumah dan sebagainya. Oleh itu, LRT akan sentiasa dipenuhi orang.


Setelah sampai, kami perlu melintasi beberapa jalan raya untuk sampai ke Pasar Seni. Di dalam pasar tersebut, terdapat pelbagai kraf tangan yang cantik-cantik belaka dijual. Kami terpegun dengan hasil kraf tangan mereka. Terdapat ramai pelancong yang ke sini untuk membeli kraf tangan yang dijual sebagai buah tangan mereka. Ternyata hasil kraf tangan di sini sangat menarik dan tidak mengecewakan !


Seterusnya, kami meneruskan perjalanan kami ke Berjaya Times Square iaitu merupakan salah satu pusat beli-belah yang terkenal di sini. Terdapat banyak barangan dan makanan yang dijual di sini. Tambahan pula, harga yang ditawarkan agak murah dan berbaloi untuk dibeli yang menyebabkan ramai pengunjung datang ke sini.



Kemudian, kami pergi untuk mengisi perut kami di Restoran Boat Noodle. Restoran ini menawarkan makanan yang berasal daripada negara Thailand. Makanan di sini sangat enak dan sesuai untuk mereka yang gemar akan makanan Thailand. Selepas menghabiskan segala hidangan yang dipesan, kami pulang ke hotel kami dengan menaiki LRT kerana hari sudah gelap.


| H A R I  K E D U A |




Kami mulakan hari kedua dengan bersiar-siar di Suria KLCC yang berada kira-kira 350 meter daripada hotel kami. Oleh itu, kami pergi ke sana dengan berjalan kaki sahaja. Perjalanan mengambil masa hanya 5 minit sahaja untuk sampai ! Di sana, kami mengambil peluang untuk mengambil beberapa gambar untuk dijadikan kenangan.



Pada waktu malam pula, kami pergi ke Tapak Urban Street Dining di Jalan Ampang. Di sini, terdapat banyak makanan yang dijual dan semuanya dimasak di dalam trak ! Antara makanan dan minuman yang dijual ialah makanan barat, makanan laut, ais yang dikisar dan banyak lagi. Semua hidangan enak-enak belaka dan anda juga patut cuba ! 




Antara makanan yang kami beli ialah spageti, "chicken chop", churros dan banyak lagi.




Sebelum pulang ke hotel, saya mengambil peluang untuk mengambil gambar di 
hadapan hotel.

 | H A R I  K E T I G A |



Pada hari seterusnya, kami pergi ke Masjid Jamek untuk membeli serba sedikit buah tangan untuk saudara-mara di kedai pakaian Muaz. Terdapat pelbagai jenis pakaian termasuklah tudung, baju kurung, telekung dan sebagainya yang ditawarkan dengan harga yang rendah.



Selepas itu, kami pulang ke hotel dan mengemas barang kami di bilik kerana kami akan berpindah ke pangsapuri yang berdekatan. Perjalanan mengambil masa kira-kira 5 minit sahaja daripada hotel. 




Bilik yang kami tempah ini dilengkapi dengan sebuah ruang tamu, sebuah dapur, dua buah bilik tidur yang selesa dan sebuah bilik mandi. Daripada tingkap di bilik, kami dapat melihat bangunan-bangunan yang berdekatan dengan pangsapuri.





Kami mengambil peluang untuk melihat kemudahan di pangsapuri ini. Antara kemudahan yang disediakan ialah kolam renang, gimnasium, lif dan lain-lain. 



Sebelum kami berehat, kami turun ke bawah untuk makan malam. Di sebelah pangsapuri kami, terdapat beberapa gerai makan yang menawarkan harga yang murah. Kami menikmati makanan yang dipesan dengan seleranya.



| H A R I  K E E M P A T |




Pada hari terakhir ini, kami mengemas barang-barang kami di bilik sebelum bergerak pulang. Sebelum pulang, kami singgah sarapan di gerai semalam. Mereka menyediakan pelbagai aneka makanan seperti mi goreng, nasi berlauk, dan sebagainya. Makanan yang dijual sangatlah enak dan tidak rugi untuk mencuba.




Semasa pulang, ayah bercadang untuk singgah di Masjid Sri Sendayan dan melihat keunikan masjid tersebut dengan mata sendiri. Ternyata masjid tersebut sangatlah gah dan cantik seperti yang dikatakan. Kami sangat terpegun melihat masjid tersebut malahan kami juga solat di sana.




Ini keadaan di luar masjid. Terdapat dua bahagian tempat wudhuk lelaki dengan binaan yang sangat unik dan cantik. Bagi bahagian perempuan, tempatnya terletak di sebelah kanan (mengikut gambar ini). Tempatnya juga sangat cantik dan membuatkan saya terpegun.



Bahagian ini ialah bahagian sebelum memasuki masjid. Lihatlah binaannya, sungguh cantik bukan?



Ini merupakan ruang solat lelaki, ruangnya sangatlah besar dan dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin, Al-quran dan banyak lagi.



Ini pula ruang solat bagi wanita. Seperti yang saya katakan tadi, cantik sungguh binaannya. Ruang solat ini dilengkapi dengan kemudahan telekung, penghawa dingin, cermin muka dan banyak lagi. Saya sempat menunaikan solat di sini. Ruang solat di sini sangatlah selesa untuk orang ramai.





Ini merupakan beberapa gambar yang diambil semasa saya di sana. Saya sendiri sangatlah terpegun melihat binaan masjid ini yang sungguh indah. Saya pasti anda juga tidak akan menyesal dan terpegun melihat binaannya jika anda melawat ke sini.

| T A M A T |


Melalui penulisan blog ini, saya dapat mengekalkan warisan apabila saya berkongsi sedikit sebanyak tempat-tempat yang saya lawat seperti Menara Berkembar Petronas dan Masjid Sri Sendayan yang mempunyai keunikannya tersendiri.

89 comments:

  1. Dengan melihat blog ini serba sedikit dapat menambah ilmu pengetahuan saya.Terima kasih😘

    ReplyDelete
  2. Dengan melihat blig ni...saya dpt menambah ilmu pengetahuan...terima kasih

    ReplyDelete
  3. Saya tidak tahu terdapat makanan yang YANG baharu lagi menyelerakan di sana

    ReplyDelete
  4. wow, menarik, semoga dpt hasilkan blog yang menarik lagi lepasni

    ReplyDelete
  5. Dengan melihat blog ini saya dapat meningkatkan ilmu pengetahuan saya tentang ibu negara malaysia

    ReplyDelete
  6. Amat berguna blog ini untuk saya sebelum ingin menerokai bandar kuala lumpur ini.saya berharap banyak lagi dapat hasilkn blog-blog yang berguna seperti ini di masa akan datang.

    ReplyDelete
  7. Blog nii amat berguna kpd sesiapa yng belum pernah merasai keadaan dan persekitaran bandar Kuala Lumpur dan dpt menarik minat para pelancong luar untuk dtng kesini .... thanks you blog

    ReplyDelete
  8. Wah, menarik sungguh perkongsian awak! Terima kasih kerana berkongsi sedikit sebanyak tempat yang saya boleh kunjungi pada hari akan datang 👍

    ReplyDelete
  9. Banyak tempat menarik di sana rupanya. Terima kasih atas perkongsian awak ini ! Kini saya lebih mengetahui tempat yang ingin dikunjungi ��

    ReplyDelete
  10. Wah beruntungnya awak dapat ke sana ! Banyak tempat yang awak kunjungi. Terima kasih atas perkongsian yang menarik ini 😀

    ReplyDelete
  11. Menariknya perkongsian awak ini ! Saya juga ingin ke sana suatu hari nanti. Terima kasih atas perkongsian dan selamat maju jaya 😋

    ReplyDelete
  12. Wah , teruja betul saya membaca blog awak ! Saya gembira membacanya . Saya harap saya dapat juga merasai pengalaman di sana.

    ReplyDelete
  13. Wah banyak juga tempat menarik yang awak kunjungi di Malaysia ! Ia dapat memudah kan para pelancong untuk datang melancong di negara kita. Terima kasih atas perkongsian yang awak berikan

    ReplyDelete
  14. Menarik !! Terima kasih kerana sudi berkongsi !! ✨💫

    ReplyDelete
  15. Sungguh menarik! Semoga blog anda ini dapat memberi manfaat kepada orang lain juga 😁

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. amat menarik perkongsian anda dan saya amat teruja untuk membaca blog anda!

    ReplyDelete
  18. Terima kasih atas perkongsian anda yang sangat menarik dan kreatif! Saya sangat teruja ketika membacanya.

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. Dua tiga kucing berlari, menarik sekali blog ini!

    ReplyDelete
  21. Wahh wahh sangat menarik dan menghiburkan sekali perkongsian anda :p tahniah !

    ReplyDelete
  22. Wah, perkongsian yang sangat berguna dan menarik. Pastinya pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Terima kasih kerana berkongsi..

    ReplyDelete
  23. Terdapat banyak perkongsian yang dikongsikan di dalam blog ini. Saya amat menyukai blog ini.

    ReplyDelete
  24. Wah, menarik sungguh bandar Kuala Lumpur ini rupanya! Perkongsian awak ini dapat menarik minat pembaca yang tidak berkesempatan ke sini.

    ReplyDelete
  25. Perkongsian yang sangat menarik !

    ReplyDelete
  26. Blog ini sedikit sebanyak membantu saya tentang bandar Kuala Lumpur ini.Terima kasih atas perkongsian pengalaman anda.

    ReplyDelete
  27. Terima kasih kepada penulis kerana berkongsi pengalaman anda yang dapat membantu saya dalam menambahkan ilmu pengetahuan.

    ReplyDelete
  28. Uwahh,menarik juga bandar Kuala Lumpur rupanya! terima kasih atas perkongsian awak <3 awak sangat comel nabila ^^

    ReplyDelete
  29. Wah ! Terpegun saya melihat hasil karya saudari menampilkan gambar-gambar tentang kota idaman saya ini. Saudari memang sungguh berbakat. Saya berharap dapat menjejakkan kaki saya lagi ke sana suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  30. Wah..menarik sungguh cara penulisan anda...cara anda menyampaikan maklumat sangat terperinci dan membantu pelancong yang lain jika ingin melancong di tempat yang disarankan.sangat-sangat sangat menarik

    ReplyDelete
  31. Wah ! Menarik sungguh penulisan blog awak , Naba . Gambar-gambar yang ada dalam blog juga amat cantik .

    ReplyDelete
  32. wah! penulisan yang sungguh menarik bahkan membuatkan saya ingin ke sana juga!Gambar dan penulisan juga sangat terperinci.

    ReplyDelete
  33. Wah gembiranya awak bercuti di samping keluarga ! Teruja saya membaca blog ini. Perkongsian yang sangat menarik dan berguna apabila saya ingin ke sana. Terima kasih ya ;)

    ReplyDelete
  34. suatu perkongsian yg menarik tahniah🙌

    ReplyDelete
  35. Wah! Sungguh menarik saya membaca blog anda!Ini satu perkongsian yang menarik untuk pelancong asing yang ingin melawat negara kita!😆

    ReplyDelete
  36. makan roti jala bersama kari,
    blog awak sangat menarik dan membuatkan saya teruja 😍

    ReplyDelete
  37. wahh banyak sungguh gambar yang awak kongsi kan ! Banyak pengetahuan yang saya peroleh semasa membaca blog ini 😊👍

    ReplyDelete
  38. ilmu pengetahuan yang baharu bagi saya untuk mengenali lebih dalam tentang negeri negeri lain❤️

    ReplyDelete
  39. sangat menarik blog kamu dan kamu menggunakan bahasa yang mudah dan gramatis yang dapat membuatkan saya teruja ketika membaca

    ReplyDelete
  40. Wah, perkongsian yang sungguh menarik! Saya mendoakan agar anda menjadi blogger yang terkenal suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  41. serious kreatif blog awak ni ! nice work and keep it up ! 😍

    ReplyDelete
  42. Perkongsian yang sangat menarik ! Penulisan yang sangat baik. Sangat tertarik dengan keindahan Masjid Sri Sendayan. I'll put it on my list next time ! Thank you 😊👍

    ReplyDelete
  43. Woah ! Penginapan yang sangat exclusive dan tempat tempat yang sangat menarik ! Bestnya jika saya dapat ke sana. Terima kasih atas perkongsian ini 🤗

    ReplyDelete
  44. Waw !!!! Pengalaman yang menarik �� sangat berguna kepada mereka yang belum pernah mengunjungi bandar Kumpur Lumpur,semoga selepas ini akan Ada lagi perkongsian pengalaman seperti ini

    ReplyDelete
  45. Wah... seronoknya, info yg sgt berguna, terima kasih..

    ReplyDelete
  46. Kuala Lumpur bukanlah destinasi yang saya gemari sebagai tempat bercuti kerana kepadatan penduduk di sana.Namun,saya rasa saya patut berkunjung ke sana untuk melihat arus kemodenan yang jauh lebih kedepan dari bandar lain di Malaysia

    ReplyDelete
  47. Menarik! Info yg sangat membantu utk mereka yang belum pernah ke sana..

    ReplyDelete
  48. Wah , perkongsian yang amat menarik sekali !

    ReplyDelete
  49. Wah....info yang menarik dan terbaikk..

    ReplyDelete
  50. Terima kasih atas perkongsian saudari.Saya teruja apabila melihat keindahan gambar masjid yang dibina dengan pelbagai kemudahan serta ruangan ibadah yang selesa.Semoga satu hari nanti saya mampu pergi ke sana.

    ReplyDelete
  51. Tahniah saya ucapkan kepada saudari Nabila kerana menghasilka blog yang menggunakan templat yang telah menambat hati saya ketika membaca blog anda ini. Doakn saya agar dapat ke Masjid Sri Sendayan itu juga pada suatu hari nanti. Amin👍

    ReplyDelete
  52. Wah! Manis sekali pengalaman anda bersama keluarga di Kuala Lumpur. Tahniah dan syabas atas perkongsian yang menarik ini.🤩

    ReplyDelete
  53. Wah, saya berasa sungguh teruja apabila membaca blog saudari! Perkongsian pengalaman bercuti bersama keluarga saudari sungguh menarik. Terima kasih atas perkongsian kamu Nabila. Saya berharap saya dapat menjejaki kaki ke sana suatu hari nanti :D

    ReplyDelete
  54. perkongsian anda melancong ke Kuala Lumpur sangat membuatkan saya tertarik untuk ke sana dan merasai pengalamannya sendiri .

    ReplyDelete
  55. Percutian bersama keluarga yang amat menyeronokkan. Oleh kerana saya tinggal di Johor, saya tidak pernah berpeluang untuk menaiki LRT. Pasti seronok bukan? Saya juga tidak akan melepaskan peluang untuk menaiki LRT jika saya ke Kuala Lumpur. Terima kasih atas perkongsian saudari!

    ReplyDelete
  56. Percutian yang agak menarik! Cara penulisan kamu juga membuatkan saya mahu membaca :))

    ReplyDelete
  57. Perkongsian yang sungguh menarik. Saya terpegun melihat gambar-gambar yang anda ambil. Tidak boleh dinafikan lagi, bangunan-bangunan itu sangat cantikkk.

    ReplyDelete
  58. Blog yang sangat kreatif. Cara penulisan yang menarik. Gambar yang dikongsikan ketika berada di Masjid Sri Sendayan pula memang sangat cantik. Tahniah!

    ReplyDelete
  59. Saya sangat teruja membaca blog saudari ini. Setiap maklumat dilengkapi dengan gambar yang menarik. Teruskan usaha anda.

    ReplyDelete
  60. Wah,Percutian yang menyeronokkan bersama keluarga.Kamu juga turut berongsi pengalaman menaiki LRT yang nampak menyeronokkan.

    ReplyDelete
  61. Hebat sungguh blog awak Nabila! Saya berasa tertarik melihat aneka makanan yang dipaparkan seperti churros dan spageti yang awak beli di Tapak Urban Street Dining itu. Menarik!

    ReplyDelete
  62. seronoknya percutian saudari bersama keluarga , sememangnya bercuti bersama keluarga memang suatu hal yang menyeronokkan . Saudari telah menarik minat saya ke sana juga . terima kasih atas perkongsian .

    ReplyDelete
  63. Blog saudari sangat menarik! Seronok saya tengok saudari dan keluarga gembira bercuti bersama-sama. Gambar-gambar saudari juga sangat cantik!

    ReplyDelete
  64. Wah! Cantik sekali masjid itu.Penulisan blog yang sangat menarik.Berapa lama saudari telah menjadi seorang blogger? Penulisan saudari sungguh jelas dan menarik.

    ReplyDelete
  65. Wah perkongsian pengalaman percutian saudari bersama keluarga ini membuatkan para pembaca berasa teruja dan terhibur. tahniah !

    ReplyDelete
  66. Wah,perkongsian yang amat menarik sekali! 👏🏼 Terima kasih di atas perkongsian semasa cuti sekolah anda.

    ReplyDelete
  67. Menarik sungguh perkongsian saudari Nabila!Saya harap anda dapat menjadi penulis yang Berjaya dan terkenal pada masa yang akan datang.

    ReplyDelete
  68. Wah! Blog kamu sangat menarik dan kreatif��. Awak membuatkan saya ingin bercuti ke sini juga suatu hari nanti

    ReplyDelete
  69. Penulisan blog ini kelihatan sungguh kreatif. Gambar-gambar anda juga menarik perhatian saya. Terima kasih atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
  70. perkongsian anda melancong ke Kuala Lumpur sangat membuatkan saya tertarik untuk ke sana dan merasai pengalamannya sendiri .

    ReplyDelete
  71. wah cara saudari mencadangkan tempat-tempat ini seperti telah lama dalam bidang blog ini.Saya juga kagum dengan gambar yang disertakan.

    ReplyDelete
  72. Wah,menarik sungguh! Gambar-gambar yang disertakan oleh anda telah menarik minat saya untuk ke sana suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  73. Seronok sungguh percutian awak ke ibu negara kita. Gambar - gambar yang disertakan amat cantik dan membuatkan saya tertarik untuk mengunjungi sana suatu hari nanti. Teruskan usaha!

    ReplyDelete
  74. Penulisan blog kamu ini sungguh kreatif dan menarik kerana penggunaan ayat gramatis.Syabas saya ucapkan kepada saudari!

    ReplyDelete
  75. Blog anda sangat menarik dan mengujakan. Blog anda juga membuat pembaca tertarik dengan kehebatan anda dalam mengarang ayat.

    ReplyDelete
  76. Blog anda amatlah ringkas tapi pada masa yang sama padat dengan informasi. Ia membuatkan saya teruja untuk membacanya.

    ReplyDelete
  77. Penulisan blog anda ini disampaikan dengan sangat terperinci. Terima kasih dan tahniah atas penulisan blog yang padat ini.

    ReplyDelete
  78. Saudari telah menunjukkan bahawa negara kita mempunyai banyak tempat yang menarik untuk dikunjungi.Terima kasih atas perkongsian saudari

    ReplyDelete
  79. Perkongsian anda sangat menarik dan info info yang terdapat dalam blog awak juga jelas sekali. Banyak juga tempat tempat yang menarik yang boleh saya lawati nanti.

    ReplyDelete
  80. terima kasih atas perkongsian anda,saya sangat tertarik untuk berkunjung ke tempat itu dan diucapkan syabas kerana berjaya menghasilkan sebuah blog ini.

    ReplyDelete
  81. wahhh perkongsian yang menarik bahkan membuatlan saya ingin ke sana juga. Gambar serta penerangan yang jelas. Bagus!

    ReplyDelete
  82. Blog yang sangat indah untuk dibaca. Saya harap saya dapat ke sana satu hari nanti.

    ReplyDelete
  83. Blog yang amat menarik untuk dibaca dengan besertakan gambar-gambar yang cantik dan maklumat yang bagus.terima kasih .

    ReplyDelete
  84. Blog anda menarik perhatian saya!Saya puas membaca blog anda.Maklumat yang diletakkan sangat jelas berserta gambar yang cantik

    ReplyDelete