Assalamualaikum dan hai semuaa !! Dalam blog ini, saya akan berkongsi serba sedikit pengalaman saya semasa di Kuala Lumpur iaitu ibu negara kita. Ini merupakan kali pertama saya menulis blog dan sekiranya terdapat cacat cela, saya ingin memohon maaf dahulu. Saya tidak sabar mahu berkongsi, mari kita mulakan !
| H A R I P E R T A M A |
Saya sekeluarga bergerak ke Kuala Lumpur pada pukul 8 pagi daripada rumah kami. Perjalanan kami daripada Johor ke Kuala Lumpur mengambil masa kira-kira tiga hingga empat jam tanpa gangguan trafik. Kami berasa sangat teruja untuk melihat kepelbagaian binaan yang cantik di sana.
Kira-kira pukul 12 tengahari, kami telah sampai di Kuala Lumpur. Setelah tiba, kami terus ke hotel kami untuk masuk ke bilik yang disewa dan mengemas barang-barang kami di dalam bilik. Hotel kami berada di kawasan yang berdekatan dengan Menara berkembar Petronas. Di sebelah hotel kami pula terdapat sebuah pusat beli-belah yang bernama Avenue K.
Setelah itu, kami terus menyambung perjalanan ke Pasar Seni dengan menaiki LRT. Kami menaiki LRT yang terdekat dengan hotel iaitu di Pusat Beli-Belah Avenue K. Gambar menunjukkan ibu yang sedang membeli tiket LRT untuk kami sekeluarga.
Gambar menunjukkan keadaan semasa kami menaiki LRT. Perjalanan ke Pasar Seni mengambil masa kira-kira 15 minit daripada stesen LRT di Avenue K. Di sini, LRT merupakan antara pengangkutan terpenting untuk mereka bergerak sama ada ke tempat kerja, pulang ke rumah dan sebagainya. Oleh itu, LRT akan sentiasa dipenuhi orang.
![]() |
Seterusnya, kami meneruskan perjalanan kami ke Berjaya Times Square iaitu merupakan salah satu pusat beli-belah yang terkenal di sini. Terdapat banyak barangan dan makanan yang dijual di sini. Tambahan pula, harga yang ditawarkan agak murah dan berbaloi untuk dibeli yang menyebabkan ramai pengunjung datang ke sini.
Kemudian, kami pergi untuk mengisi perut kami di Restoran Boat Noodle. Restoran ini menawarkan makanan yang berasal daripada negara Thailand. Makanan di sini sangat enak dan sesuai untuk mereka yang gemar akan makanan Thailand. Selepas menghabiskan segala hidangan yang dipesan, kami pulang ke hotel kami dengan menaiki LRT kerana hari sudah gelap.
Pada waktu malam pula, kami pergi ke Tapak Urban Street Dining di Jalan Ampang. Di sini, terdapat banyak makanan yang dijual dan semuanya dimasak di dalam trak ! Antara makanan dan minuman yang dijual ialah makanan barat, makanan laut, ais yang dikisar dan banyak lagi. Semua hidangan enak-enak belaka dan anda juga patut cuba !
Antara makanan yang kami beli ialah spageti, "chicken chop", churros dan banyak lagi.
Sebelum pulang ke hotel, saya mengambil peluang untuk mengambil gambar di
hadapan hotel.
Kemudian, kami pergi untuk mengisi perut kami di Restoran Boat Noodle. Restoran ini menawarkan makanan yang berasal daripada negara Thailand. Makanan di sini sangat enak dan sesuai untuk mereka yang gemar akan makanan Thailand. Selepas menghabiskan segala hidangan yang dipesan, kami pulang ke hotel kami dengan menaiki LRT kerana hari sudah gelap.
| H A R I K E D U A |
Kami mulakan hari kedua dengan bersiar-siar di Suria KLCC yang berada kira-kira 350 meter daripada hotel kami. Oleh itu, kami pergi ke sana dengan berjalan kaki sahaja. Perjalanan mengambil masa hanya 5 minit sahaja untuk sampai ! Di sana, kami mengambil peluang untuk mengambil beberapa gambar untuk dijadikan kenangan.
Pada waktu malam pula, kami pergi ke Tapak Urban Street Dining di Jalan Ampang. Di sini, terdapat banyak makanan yang dijual dan semuanya dimasak di dalam trak ! Antara makanan dan minuman yang dijual ialah makanan barat, makanan laut, ais yang dikisar dan banyak lagi. Semua hidangan enak-enak belaka dan anda juga patut cuba !
Antara makanan yang kami beli ialah spageti, "chicken chop", churros dan banyak lagi.
hadapan hotel.
| H A R I K E T I G A |
Pada hari seterusnya, kami pergi ke Masjid Jamek untuk membeli serba sedikit buah tangan untuk saudara-mara di kedai pakaian Muaz. Terdapat pelbagai jenis pakaian termasuklah tudung, baju kurung, telekung dan sebagainya yang ditawarkan dengan harga yang rendah.
Selepas itu, kami pulang ke hotel dan mengemas barang kami di bilik kerana kami akan berpindah ke pangsapuri yang berdekatan. Perjalanan mengambil masa kira-kira 5 minit sahaja daripada hotel.
Bilik yang kami tempah ini dilengkapi dengan sebuah ruang tamu, sebuah dapur, dua buah bilik tidur yang selesa dan sebuah bilik mandi. Daripada tingkap di bilik, kami dapat melihat bangunan-bangunan yang berdekatan dengan pangsapuri.
Kami mengambil peluang untuk melihat kemudahan di pangsapuri ini. Antara kemudahan yang disediakan ialah kolam renang, gimnasium, lif dan lain-lain.
| H A R I K E E M P A T |
Semasa pulang, ayah bercadang untuk singgah di Masjid Sri Sendayan dan melihat keunikan masjid tersebut dengan mata sendiri. Ternyata masjid tersebut sangatlah gah dan cantik seperti yang dikatakan. Kami sangat terpegun melihat masjid tersebut malahan kami juga solat di sana.
Ini keadaan di luar masjid. Terdapat dua bahagian tempat wudhuk lelaki dengan binaan yang sangat unik dan cantik. Bagi bahagian perempuan, tempatnya terletak di sebelah kanan (mengikut gambar ini). Tempatnya juga sangat cantik dan membuatkan saya terpegun.
Bahagian ini ialah bahagian sebelum memasuki masjid. Lihatlah binaannya, sungguh cantik bukan?
Ini merupakan ruang solat lelaki, ruangnya sangatlah besar dan dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin, Al-quran dan banyak lagi.
Ini pula ruang solat bagi wanita. Seperti yang saya katakan tadi, cantik sungguh binaannya. Ruang solat ini dilengkapi dengan kemudahan telekung, penghawa dingin, cermin muka dan banyak lagi. Saya sempat menunaikan solat di sini. Ruang solat di sini sangatlah selesa untuk orang ramai.
| T A M A T |
Melalui penulisan blog ini, saya dapat mengekalkan warisan apabila saya berkongsi sedikit sebanyak tempat-tempat yang saya lawat seperti Menara Berkembar Petronas dan Masjid Sri Sendayan yang mempunyai keunikannya tersendiri.






























Dengan melihat blog ini serba sedikit dapat menambah ilmu pengetahuan saya.Terima kasih😘
ReplyDeleteDengan melihat blig ni...saya dpt menambah ilmu pengetahuan...terima kasih
ReplyDeleteSaya tidak tahu terdapat makanan yang YANG baharu lagi menyelerakan di sana
ReplyDeletewow, menarik, semoga dpt hasilkan blog yang menarik lagi lepasni
ReplyDeleteDengan melihat blog ini saya dapat meningkatkan ilmu pengetahuan saya tentang ibu negara malaysia
ReplyDeleteAmat berguna blog ini untuk saya sebelum ingin menerokai bandar kuala lumpur ini.saya berharap banyak lagi dapat hasilkn blog-blog yang berguna seperti ini di masa akan datang.
ReplyDeleteBlog ini amat menakjubkan 👻
ReplyDeleteBlog nii amat berguna kpd sesiapa yng belum pernah merasai keadaan dan persekitaran bandar Kuala Lumpur dan dpt menarik minat para pelancong luar untuk dtng kesini .... thanks you blog
ReplyDeleteWah, menarik sungguh perkongsian awak! Terima kasih kerana berkongsi sedikit sebanyak tempat yang saya boleh kunjungi pada hari akan datang 👍
ReplyDeleteBanyak tempat menarik di sana rupanya. Terima kasih atas perkongsian awak ini ! Kini saya lebih mengetahui tempat yang ingin dikunjungi ��
ReplyDeleteWah beruntungnya awak dapat ke sana ! Banyak tempat yang awak kunjungi. Terima kasih atas perkongsian yang menarik ini 😀
ReplyDeleteWahh seronoknyaa percutian awakk
ReplyDeleteMenariknya perkongsian awak ini ! Saya juga ingin ke sana suatu hari nanti. Terima kasih atas perkongsian dan selamat maju jaya 😋
ReplyDeleteWah , teruja betul saya membaca blog awak ! Saya gembira membacanya . Saya harap saya dapat juga merasai pengalaman di sana.
ReplyDeleteWah banyak juga tempat menarik yang awak kunjungi di Malaysia ! Ia dapat memudah kan para pelancong untuk datang melancong di negara kita. Terima kasih atas perkongsian yang awak berikan
ReplyDeleteMenarik !! Terima kasih kerana sudi berkongsi !! ✨💫
ReplyDeleteSungguh menarik! Semoga blog anda ini dapat memberi manfaat kepada orang lain juga 😁
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteamat menarik perkongsian anda dan saya amat teruja untuk membaca blog anda!
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian anda yang sangat menarik dan kreatif! Saya sangat teruja ketika membacanya.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteDua tiga kucing berlari, menarik sekali blog ini!
ReplyDeletepenulisan yang bagus dan sangat menarik!
ReplyDeleteWahh wahh sangat menarik dan menghiburkan sekali perkongsian anda :p tahniah !
ReplyDeleteblog awak sngt m e n a r i k!
ReplyDeleteWah, perkongsian yang sangat berguna dan menarik. Pastinya pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Terima kasih kerana berkongsi..
ReplyDeleteTerdapat banyak perkongsian yang dikongsikan di dalam blog ini. Saya amat menyukai blog ini.
ReplyDeleteWah, menarik sungguh bandar Kuala Lumpur ini rupanya! Perkongsian awak ini dapat menarik minat pembaca yang tidak berkesempatan ke sini.
ReplyDeletePerkongsian yang sangat menarik !
ReplyDeleteBlog ini sedikit sebanyak membantu saya tentang bandar Kuala Lumpur ini.Terima kasih atas perkongsian pengalaman anda.
ReplyDeleteTerima kasih kepada penulis kerana berkongsi pengalaman anda yang dapat membantu saya dalam menambahkan ilmu pengetahuan.
ReplyDeleteUwahh,menarik juga bandar Kuala Lumpur rupanya! terima kasih atas perkongsian awak <3 awak sangat comel nabila ^^
ReplyDeleteWah ! Terpegun saya melihat hasil karya saudari menampilkan gambar-gambar tentang kota idaman saya ini. Saudari memang sungguh berbakat. Saya berharap dapat menjejakkan kaki saya lagi ke sana suatu hari nanti.
ReplyDeleteWah..menarik sungguh cara penulisan anda...cara anda menyampaikan maklumat sangat terperinci dan membantu pelancong yang lain jika ingin melancong di tempat yang disarankan.sangat-sangat sangat menarik
ReplyDeleteWah ! Menarik sungguh penulisan blog awak , Naba . Gambar-gambar yang ada dalam blog juga amat cantik .
ReplyDeletewah! penulisan yang sungguh menarik bahkan membuatkan saya ingin ke sana juga!Gambar dan penulisan juga sangat terperinci.
ReplyDeleteWah gembiranya awak bercuti di samping keluarga ! Teruja saya membaca blog ini. Perkongsian yang sangat menarik dan berguna apabila saya ingin ke sana. Terima kasih ya ;)
ReplyDeletesuatu perkongsian yg menarik tahniah🙌
ReplyDeleteWah! Sungguh menarik saya membaca blog anda!Ini satu perkongsian yang menarik untuk pelancong asing yang ingin melawat negara kita!😆
ReplyDeletemakan roti jala bersama kari,
ReplyDeleteblog awak sangat menarik dan membuatkan saya teruja 😍
wahh banyak sungguh gambar yang awak kongsi kan ! Banyak pengetahuan yang saya peroleh semasa membaca blog ini 😊👍
ReplyDeleteilmu pengetahuan yang baharu bagi saya untuk mengenali lebih dalam tentang negeri negeri lain❤️
ReplyDeletesangat menarik blog kamu dan kamu menggunakan bahasa yang mudah dan gramatis yang dapat membuatkan saya teruja ketika membaca
ReplyDeleteWah, perkongsian yang sungguh menarik! Saya mendoakan agar anda menjadi blogger yang terkenal suatu hari nanti.
ReplyDeleteWah! Blog anda sangat menarik
ReplyDeleteserious kreatif blog awak ni ! nice work and keep it up ! 😍
ReplyDeletePerkongsian yang sangat menarik ! Penulisan yang sangat baik. Sangat tertarik dengan keindahan Masjid Sri Sendayan. I'll put it on my list next time ! Thank you 😊👍
ReplyDeleteWoah ! Penginapan yang sangat exclusive dan tempat tempat yang sangat menarik ! Bestnya jika saya dapat ke sana. Terima kasih atas perkongsian ini 🤗
ReplyDeleteWaw !!!! Pengalaman yang menarik �� sangat berguna kepada mereka yang belum pernah mengunjungi bandar Kumpur Lumpur,semoga selepas ini akan Ada lagi perkongsian pengalaman seperti ini
ReplyDeleteWah... seronoknya, info yg sgt berguna, terima kasih..
ReplyDeleteKuala Lumpur bukanlah destinasi yang saya gemari sebagai tempat bercuti kerana kepadatan penduduk di sana.Namun,saya rasa saya patut berkunjung ke sana untuk melihat arus kemodenan yang jauh lebih kedepan dari bandar lain di Malaysia
ReplyDeleteMenarik! Info yg sangat membantu utk mereka yang belum pernah ke sana..
ReplyDeleteWah , perkongsian yang amat menarik sekali !
ReplyDeleteWah....info yang menarik dan terbaikk..
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian saudari.Saya teruja apabila melihat keindahan gambar masjid yang dibina dengan pelbagai kemudahan serta ruangan ibadah yang selesa.Semoga satu hari nanti saya mampu pergi ke sana.
ReplyDeleteTahniah saya ucapkan kepada saudari Nabila kerana menghasilka blog yang menggunakan templat yang telah menambat hati saya ketika membaca blog anda ini. Doakn saya agar dapat ke Masjid Sri Sendayan itu juga pada suatu hari nanti. Amin👍
ReplyDeleteWah! Manis sekali pengalaman anda bersama keluarga di Kuala Lumpur. Tahniah dan syabas atas perkongsian yang menarik ini.🤩
ReplyDeleteWah, saya berasa sungguh teruja apabila membaca blog saudari! Perkongsian pengalaman bercuti bersama keluarga saudari sungguh menarik. Terima kasih atas perkongsian kamu Nabila. Saya berharap saya dapat menjejaki kaki ke sana suatu hari nanti :D
ReplyDeleteperkongsian anda melancong ke Kuala Lumpur sangat membuatkan saya tertarik untuk ke sana dan merasai pengalamannya sendiri .
ReplyDeletePercutian bersama keluarga yang amat menyeronokkan. Oleh kerana saya tinggal di Johor, saya tidak pernah berpeluang untuk menaiki LRT. Pasti seronok bukan? Saya juga tidak akan melepaskan peluang untuk menaiki LRT jika saya ke Kuala Lumpur. Terima kasih atas perkongsian saudari!
ReplyDeletePercutian yang agak menarik! Cara penulisan kamu juga membuatkan saya mahu membaca :))
ReplyDeletePerkongsian yang sungguh menarik. Saya terpegun melihat gambar-gambar yang anda ambil. Tidak boleh dinafikan lagi, bangunan-bangunan itu sangat cantikkk.
ReplyDeleteBlog yang sangat kreatif. Cara penulisan yang menarik. Gambar yang dikongsikan ketika berada di Masjid Sri Sendayan pula memang sangat cantik. Tahniah!
ReplyDeleteSaya sangat teruja membaca blog saudari ini. Setiap maklumat dilengkapi dengan gambar yang menarik. Teruskan usaha anda.
ReplyDeleteWah,Percutian yang menyeronokkan bersama keluarga.Kamu juga turut berongsi pengalaman menaiki LRT yang nampak menyeronokkan.
ReplyDeleteHebat sungguh blog awak Nabila! Saya berasa tertarik melihat aneka makanan yang dipaparkan seperti churros dan spageti yang awak beli di Tapak Urban Street Dining itu. Menarik!
ReplyDeleteseronoknya percutian saudari bersama keluarga , sememangnya bercuti bersama keluarga memang suatu hal yang menyeronokkan . Saudari telah menarik minat saya ke sana juga . terima kasih atas perkongsian .
ReplyDeleteBlog saudari sangat menarik! Seronok saya tengok saudari dan keluarga gembira bercuti bersama-sama. Gambar-gambar saudari juga sangat cantik!
ReplyDeleteWah! Cantik sekali masjid itu.Penulisan blog yang sangat menarik.Berapa lama saudari telah menjadi seorang blogger? Penulisan saudari sungguh jelas dan menarik.
ReplyDeleteWah perkongsian pengalaman percutian saudari bersama keluarga ini membuatkan para pembaca berasa teruja dan terhibur. tahniah !
ReplyDeleteWah,perkongsian yang amat menarik sekali! 👏🏼 Terima kasih di atas perkongsian semasa cuti sekolah anda.
ReplyDeleteMenarik sungguh perkongsian saudari Nabila!Saya harap anda dapat menjadi penulis yang Berjaya dan terkenal pada masa yang akan datang.
ReplyDeleteWah! Blog kamu sangat menarik dan kreatif��. Awak membuatkan saya ingin bercuti ke sini juga suatu hari nanti
ReplyDeletePenulisan blog ini kelihatan sungguh kreatif. Gambar-gambar anda juga menarik perhatian saya. Terima kasih atas perkongsian ini.
ReplyDeleteperkongsian anda melancong ke Kuala Lumpur sangat membuatkan saya tertarik untuk ke sana dan merasai pengalamannya sendiri .
ReplyDeletewah cara saudari mencadangkan tempat-tempat ini seperti telah lama dalam bidang blog ini.Saya juga kagum dengan gambar yang disertakan.
ReplyDeleteWah,menarik sungguh! Gambar-gambar yang disertakan oleh anda telah menarik minat saya untuk ke sana suatu hari nanti.
ReplyDeleteSeronok sungguh percutian awak ke ibu negara kita. Gambar - gambar yang disertakan amat cantik dan membuatkan saya tertarik untuk mengunjungi sana suatu hari nanti. Teruskan usaha!
ReplyDeletePenulisan blog kamu ini sungguh kreatif dan menarik kerana penggunaan ayat gramatis.Syabas saya ucapkan kepada saudari!
ReplyDeleteBlog anda sangat menarik dan mengujakan. Blog anda juga membuat pembaca tertarik dengan kehebatan anda dalam mengarang ayat.
ReplyDeleteBlog anda amatlah ringkas tapi pada masa yang sama padat dengan informasi. Ia membuatkan saya teruja untuk membacanya.
ReplyDeletePenulisan blog anda ini disampaikan dengan sangat terperinci. Terima kasih dan tahniah atas penulisan blog yang padat ini.
ReplyDeleteSaudari telah menunjukkan bahawa negara kita mempunyai banyak tempat yang menarik untuk dikunjungi.Terima kasih atas perkongsian saudari
ReplyDeletePerkongsian anda sangat menarik dan info info yang terdapat dalam blog awak juga jelas sekali. Banyak juga tempat tempat yang menarik yang boleh saya lawati nanti.
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian anda,saya sangat tertarik untuk berkunjung ke tempat itu dan diucapkan syabas kerana berjaya menghasilkan sebuah blog ini.
ReplyDeletewahhh perkongsian yang menarik bahkan membuatlan saya ingin ke sana juga. Gambar serta penerangan yang jelas. Bagus!
ReplyDeleteBlog yang sangat indah untuk dibaca. Saya harap saya dapat ke sana satu hari nanti.
ReplyDeleteBlog yang amat menarik untuk dibaca dengan besertakan gambar-gambar yang cantik dan maklumat yang bagus.terima kasih .
ReplyDeleteBlog anda menarik perhatian saya!Saya puas membaca blog anda.Maklumat yang diletakkan sangat jelas berserta gambar yang cantik
ReplyDelete