Assalamualaikum dan hai semuaa !! Dalam blog ini, saya akan berkongsi serba sedikit pengalaman saya semasa di Kuala Lumpur iaitu ibu negara kita. Ini merupakan kali pertama saya menulis blog dan sekiranya terdapat cacat cela, saya ingin memohon maaf dahulu. Saya tidak sabar mahu berkongsi, mari kita mulakan !
| H A R I P E R T A M A |
Saya sekeluarga bergerak ke Kuala Lumpur pada pukul 8 pagi daripada rumah kami. Perjalanan kami daripada Johor ke Kuala Lumpur mengambil masa kira-kira tiga hingga empat jam tanpa gangguan trafik. Kami berasa sangat teruja untuk melihat kepelbagaian binaan yang cantik di sana.
Kira-kira pukul 12 tengahari, kami telah sampai di Kuala Lumpur. Setelah tiba, kami terus ke hotel kami untuk masuk ke bilik yang disewa dan mengemas barang-barang kami di dalam bilik. Hotel kami berada di kawasan yang berdekatan dengan Menara berkembar Petronas. Di sebelah hotel kami pula terdapat sebuah pusat beli-belah yang bernama Avenue K.
Setelah itu, kami terus menyambung perjalanan ke Pasar Seni dengan menaiki LRT. Kami menaiki LRT yang terdekat dengan hotel iaitu di Pusat Beli-Belah Avenue K. Gambar menunjukkan ibu yang sedang membeli tiket LRT untuk kami sekeluarga.
Gambar menunjukkan keadaan semasa kami menaiki LRT. Perjalanan ke Pasar Seni mengambil masa kira-kira 15 minit daripada stesen LRT di Avenue K. Di sini, LRT merupakan antara pengangkutan terpenting untuk mereka bergerak sama ada ke tempat kerja, pulang ke rumah dan sebagainya. Oleh itu, LRT akan sentiasa dipenuhi orang.
![]() |
Seterusnya, kami meneruskan perjalanan kami ke Berjaya Times Square iaitu merupakan salah satu pusat beli-belah yang terkenal di sini. Terdapat banyak barangan dan makanan yang dijual di sini. Tambahan pula, harga yang ditawarkan agak murah dan berbaloi untuk dibeli yang menyebabkan ramai pengunjung datang ke sini.
Kemudian, kami pergi untuk mengisi perut kami di Restoran Boat Noodle. Restoran ini menawarkan makanan yang berasal daripada negara Thailand. Makanan di sini sangat enak dan sesuai untuk mereka yang gemar akan makanan Thailand. Selepas menghabiskan segala hidangan yang dipesan, kami pulang ke hotel kami dengan menaiki LRT kerana hari sudah gelap.
Pada waktu malam pula, kami pergi ke Tapak Urban Street Dining di Jalan Ampang. Di sini, terdapat banyak makanan yang dijual dan semuanya dimasak di dalam trak ! Antara makanan dan minuman yang dijual ialah makanan barat, makanan laut, ais yang dikisar dan banyak lagi. Semua hidangan enak-enak belaka dan anda juga patut cuba !
Antara makanan yang kami beli ialah spageti, "chicken chop", churros dan banyak lagi.
Sebelum pulang ke hotel, saya mengambil peluang untuk mengambil gambar di
hadapan hotel.
Kemudian, kami pergi untuk mengisi perut kami di Restoran Boat Noodle. Restoran ini menawarkan makanan yang berasal daripada negara Thailand. Makanan di sini sangat enak dan sesuai untuk mereka yang gemar akan makanan Thailand. Selepas menghabiskan segala hidangan yang dipesan, kami pulang ke hotel kami dengan menaiki LRT kerana hari sudah gelap.
| H A R I K E D U A |
Kami mulakan hari kedua dengan bersiar-siar di Suria KLCC yang berada kira-kira 350 meter daripada hotel kami. Oleh itu, kami pergi ke sana dengan berjalan kaki sahaja. Perjalanan mengambil masa hanya 5 minit sahaja untuk sampai ! Di sana, kami mengambil peluang untuk mengambil beberapa gambar untuk dijadikan kenangan.
Pada waktu malam pula, kami pergi ke Tapak Urban Street Dining di Jalan Ampang. Di sini, terdapat banyak makanan yang dijual dan semuanya dimasak di dalam trak ! Antara makanan dan minuman yang dijual ialah makanan barat, makanan laut, ais yang dikisar dan banyak lagi. Semua hidangan enak-enak belaka dan anda juga patut cuba !
Antara makanan yang kami beli ialah spageti, "chicken chop", churros dan banyak lagi.
hadapan hotel.
| H A R I K E T I G A |
Pada hari seterusnya, kami pergi ke Masjid Jamek untuk membeli serba sedikit buah tangan untuk saudara-mara di kedai pakaian Muaz. Terdapat pelbagai jenis pakaian termasuklah tudung, baju kurung, telekung dan sebagainya yang ditawarkan dengan harga yang rendah.
Selepas itu, kami pulang ke hotel dan mengemas barang kami di bilik kerana kami akan berpindah ke pangsapuri yang berdekatan. Perjalanan mengambil masa kira-kira 5 minit sahaja daripada hotel.
Bilik yang kami tempah ini dilengkapi dengan sebuah ruang tamu, sebuah dapur, dua buah bilik tidur yang selesa dan sebuah bilik mandi. Daripada tingkap di bilik, kami dapat melihat bangunan-bangunan yang berdekatan dengan pangsapuri.
Kami mengambil peluang untuk melihat kemudahan di pangsapuri ini. Antara kemudahan yang disediakan ialah kolam renang, gimnasium, lif dan lain-lain.
| H A R I K E E M P A T |
Semasa pulang, ayah bercadang untuk singgah di Masjid Sri Sendayan dan melihat keunikan masjid tersebut dengan mata sendiri. Ternyata masjid tersebut sangatlah gah dan cantik seperti yang dikatakan. Kami sangat terpegun melihat masjid tersebut malahan kami juga solat di sana.
Ini keadaan di luar masjid. Terdapat dua bahagian tempat wudhuk lelaki dengan binaan yang sangat unik dan cantik. Bagi bahagian perempuan, tempatnya terletak di sebelah kanan (mengikut gambar ini). Tempatnya juga sangat cantik dan membuatkan saya terpegun.
Bahagian ini ialah bahagian sebelum memasuki masjid. Lihatlah binaannya, sungguh cantik bukan?
Ini merupakan ruang solat lelaki, ruangnya sangatlah besar dan dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin, Al-quran dan banyak lagi.
Ini pula ruang solat bagi wanita. Seperti yang saya katakan tadi, cantik sungguh binaannya. Ruang solat ini dilengkapi dengan kemudahan telekung, penghawa dingin, cermin muka dan banyak lagi. Saya sempat menunaikan solat di sini. Ruang solat di sini sangatlah selesa untuk orang ramai.
| T A M A T |
Melalui penulisan blog ini, saya dapat mengekalkan warisan apabila saya berkongsi sedikit sebanyak tempat-tempat yang saya lawat seperti Menara Berkembar Petronas dan Masjid Sri Sendayan yang mempunyai keunikannya tersendiri.





























